Khamis, 8 Disember 2016

Kehidupan Sebagai Pelajar ISMP ERT

Assalamuaalaikum dan Salam  Perak Aman Jaya Semua..

Sekarang ni aku sedang menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga(ISMP ERT) di UPSI,Tanjung Malim,Perak. Aku merupakan pelajar lepasan Matrikulasi Pahang program satu tahun aliran sains modul 1( yang belajar  biology, pyhsics,Chemistry and mathematics).. Mesti korang tertanya-tanya kan apa kaitan belajar semua tu dengan kos yang aku ambil sekarang.Haa, kejap lagi korang akan tahu.


Mesti ada yang tertanya-tanya kan, ISMP ERT ni belajar pasal apa ya? So, hari ini nak kongsi sikit berkaitan kos ni. ISMP ERT terletak di bawah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional.  Berikut adalah kursus yang perlu diambil mengikut sem dalam masa 4 tahun:



Antara kursus yang melibatkan subjek biologi dalam kos ini adalah keselamatan makanan, pemakanan dan penyediaan & perkhidmatan makanan. So, maknanya memang tak boleh lari la dari subjek bio ni.
kteorang juga kena belajar pasal ekonomi dan kursus- kursus lain seperti yang  kat dalam gambar kat atas.

Sekarang ni aku baru sem 1, salah satu kursus yang perlu aku ambil untuk sem ni adalah Seni Reka Fesyen. Pada mulanya aku tak sangka pun yang  kos ERT ni akan belajar pasal fesyen ni. Untuk projek akhir kursus ni, aku kena design pakaian yang temanya casual hippi retro yang berinspirasikan hidupan laut. Pensyarah akan pilih 1 rekaan yang  dihasilkan untuk dijahit oleh pelajar sem 3.

 Tadaa.. Inilah hasil rekaan aku yang tak seberapa. hehehe. #Hasil rekaan daripada designer yang baru belajar melukis..


Inilah hasil rekaaan aku yang dah dijahit oleh pelajar sem 3

Kesimpulannya,  kos ERT ni  belajar lebih  kepada kemahiran. Banyak benda baru yang aku belajar dan banyak juga projek yang perlu dihasilkan. Daripada yang tak pandai melukis, jadi pandai melukis.. Daripada yang tak pandai masak, boleh jadi pandai masak dan banyak lagi lah.